Home Sukan Team Hollywood terus di hadapan

Team Hollywood terus di hadapan

Pasukan Mata Hari KL Registry dari Malaysia ketika beraksi dalam acara kelas IRC1 memulakan perlumbaan pada hari kedua Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JANUARI 2019

LANGKAWI – Team Hollywood dari Australia terus cemerlang di hari kedua Kejohanan Regatta Antarabangsa Langkawi (RLIR) 2019.

Bermula dengan rentak yang positif semalam, pasukan pimpinan Ray Robert itu sekali lagi dihadapan dengan empat mata keseluruhan setelah memenangi ketiga-tiga perlumbaan yang diadakan hari ini.

Pasukan Hollywood diikuti rapat kapal layar dari Thailand, THA72 di kedudukan kedua dengan lapan mata.

Kedudukan ketiga milik pasukan SCS Janda Baik dengan 14 mata.

MGF09012019_REGATTAR LANGKAWI06

Antara aksi peserta mengawal kapal layar semasa memulakan perlumbaan pada hari kedua Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JANUARI 2019Pasukan Zuhal berada di kedudukan keempat dengan 15 mata keseluruhan dan pasukan Uranus pimpinan Mohd Masyuri Rahmat dari Uranus di tangga tercorot dalam carta keseluruhan dengan 17 mata.

Kategori IRC1, pasukan Malaysia, Mata Hari KL Registry masih di tangga teratas di keseluruhan perlumbaan.

Pasukan Mata Hari mengumpul 5 mata keseluruhan berbanding pasukan Char Chan kutipan 6 mata.

Tempat ketiga keseluruhan milik pasukan dari Russia, MegaZip dengan kutipan 9 mata.

Semalam, Mata Hari KL Registry menang kedua-dua perlumbaan berbanding satu perlumbaan hari ini.

MGF09012019_REGATTAR LANGKAWI04
Pasukan SCS Janda Baik dari Malaysia ketika beraksi dalam acara kelas Racing memulakan perlumbaan pada hari kedua Kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi ke 17 di Royal Langkawi Yacht Club, Langkawi. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JANUARI 2019

Kategori IRC2 hari ini dikuasai pasukan United Kingdom, APW Endeavour of Whitby.

Pasukan yang diketuai Stuart Williamson mengumpul mata keseluruhan sebanyak 4 mata lagi hari ini setelah menang 2 daripada 3 perlumbaan.

Bagaimanapun, kedudukan keseluruhan tetap milik pasukan Thailand, Phoenix dengan 5 mata keseluruhan.

APW Endeavour of Whitby di kedudukan kedua dengan beza satu mata manakala pasukan Malaysia, The Blue Angel di kedudukan ketiga keseluruhan, dengan 11 mata.

Sementara itu, pasukan Amerika Syarikat, Salina berada di tangga tercorot dengan 12 mata keseluruhan. – MalaysiaGazette