SINGAPURA – Harga minyak kembali susut berikutan kenaikan bekalan bahan bakar dari Amerika Syarikat, meskipun pasaran global dalam meningkat kerana yakin pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan berakhir.
Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) didagangkan AS$51.93 setong, susut AS$0.43 berbanding harga penutup.
Harga Brent masih belum didagangkan.
Kedua-dua penanda aras itu melompat sekitar 5.0 peratus hari sebelumnya susulan pasaran kewangan di seluruh dunia naik dengan harapan pertikaian perdagangan antara Washington dan Beijing segera berakhir, melegakan kebimbangan perang perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia.
Menteri Tenaga Arab Saudi yakin pemotongan bekalan bermula pada akhir tahun 2018 oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan beberapa sekutu, termasuk Rusia, bertujuan untuk mengimbangi penawaran lebihan bekalan akan membawa pasaran minyak menjadi seimbang.
Khalid al-Falih tidak menolak untuk meminta tindakan selanjutnya pada masa akan datang, jika diperlukan.
Morgan Stanley mengunjurkan purata harga Brent sebanyak AS$61 setong tahun ini, menurun berbanding anggaran AS$69 setong.
Manakala harga minyak mentah Amerika Syarikat pada sekitar AS$54 setong berbanding unjuran awal AS$60 setong. – MalaysiaGazette