Home Ekonomi MIDF, Al Rajhi dapat ‘lampu hijau’ berunding

MIDF, Al Rajhi dapat ‘lampu hijau’ berunding

Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi kebenaran kepada Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk memulakan rundingan bagi penggabungan dengan Al Rajhi Banking & Investment Corp.

MIDF berkata, Bank Pusat itu tidak membantahnya dan pemegang tunggal firma itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk memulakan rundingan dengan Al Rajhi Banking & Investment Corp.

Al Rajhi Banking & Investment Corp adalah entiti perbankan milik Arab Saudi.

Rundingan itu mesti diselesaikan dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh surat BNM.

“Perlu diingatkan bahawa ini tidak harus ditafsir sebagai menandakan perjanjian penggabungan akhir akan dicapai atau BNM telah meluluskan penggabungan itu.

“MIDF perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada BNM atau Menteri Kewangan, dengan cadangan BNM, mengikut mana-mana yang berkenaan, menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 sebelum membuat apa-apa perjanjian untuk melaksanakan cadangan penggabungan itu.

“Jika sesuatu perjanjian dicapai, ia juga akan tertakluk kepada pelbagai syarat, termasuk semua keperluan perundangan yang relevan dan kelulusan semua pihak berkuasa pengawalseliaan yang terlibat, di Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi,” kata MIDF,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, pengumuman selanjutnya mengenai cadangan pengga bungan itu akan dibuat pada masa selaras dengan progres rundingan.

Buat masa ini, perniagaan berjalan seperti biasa. –  MalaysiaGazette