Home Nasional Laporan WSJ: Ketika ini ia hanya sekadar berita – Tun M

Laporan WSJ: Ketika ini ia hanya sekadar berita – Tun M

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir menjuarai carta ‘Sibaq Al Akhbar’ (Berita-berita Dunia Paling Hangat) bagi kategori ‘ Tokoh Minggu Ini’ kelolaan saluran berita Arab terkenal, Al Jazeera apabila memperoleh undian tertinggi penonton saluran televisyen berkenaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam gempa bumi yang berlaku di wilayah Lombok pada Ahad.

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu meneliti minit mesyuarat yang didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang didakwa berkaitan rundingan wakil kerajaan China dan Malaysia pada 2016 sebelum mengambil sebarang tindakan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya masih tidak mempunyai dokumen berkenaan yang didakwa mengandungi butiran mengenai tawaran China untuk menebus hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ini kenyataan yang dibuat oleh individu tertentu kepada media, di mana wujud dokumen, sama ada ia boleh ditunjukkan kepada kita dan diberi kepada kita, sebelum kita boleh terima kenyataan itu.

“Sehingga itu, kita tak boleh ambil tindakan, kita perlu mencari dokumen itu dan gunakan dokumen itu sebagai bukti bahawa rundingan itu benar-benar berlaku.

“Ketika ini, ia hanya sekadar berita (WSJ),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) ke-6 di bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

MGF10012019_MESYUARAT ANTI RASUAH_17
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan), Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali (kiri), Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (kanan) dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kasim Mohamed (dua kiri) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 10 JANUARI 2019

Semalam, WJS dalam laporannya mendakwa China pada 2016 menawarkan untuk menebus 1MDB yang berdepan masalah kewangan sebagai balasan untuk projek saliran paip bawah program ‘One Belt, One Road’.

Laporan itu memetik dokumen yang dikatakan sebagai minit mesyuarat antara Malaysia dan China yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Laporan WSJ itu merujuk kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) didakwa dibiayai oleh bank-bank China dan melibatkan pekerja dari negara itu.

Selain itu, laporan itu juga mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan rundingan sulit bagi membenarkan tentera laut China berlabuh di dua pelabuhan di Malaysia.

Ketika ditanya kenyataan jurucakap keduataan China di Kuala Lumpur semalam yang menafikan rundingan itu, Dr Mahathir bagaimanapun berkata mereka mempunyai hak untuk berkata demikian.

“Dia (Kedutaan China) berhak nak kata apa yang dia suka, komen (mereka dakwaan rundingan) kepada kita masih okay,” katanya.

Beliau berkata lagi, hubungan Malaysia dan China tidak akan terjejas selagi mana kerajaan masih tidak mendapat salinan minit mesyuarat yang didedahkan kandungannya oleh WJS dalam laporannya, semalam.

“Kita kena tengok dokumen dulu ketika itu (sebelum kata terjejas atau sebaliknya), itu adalah kerajaan terdahulu, bukan sekarang,

“Kita perlu tahu apa sebenarnya berlaku, sama ada dokumen itu bukti sebelum kita buat sebarang komen atau kenyataan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/08/1mdb-guan-eng-mahu-tengok-minit-mesyuarat-china-malaysia/

 

Najib jawab dakwaan WSJ