LONDON – Pemain pertahanan antarabangsa Perancis, Benjamin Pavard kini sah menjadi milik Bayern Munich yang berjaya mengatasi pesaing dalam Bundesliga, Stuttgart.
BBC Sports melaporkan, kedua-dua pihak bersetuju dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan bernilai £31.5 juta (RM164.2 juta).
Pemain berusia 22 tahun itu akan menyertai Bayern pada 1 Julai ini dan bakal menandatangani kontrak selama lima tahun dengan juara bertahan Bundesliga itu.
Pavard mempamerkan aksi cemerlang semasa Piala Dunia 2018 tahun lepas dengan membantu Perancis muncul juara buat kali kedua selepas mengalahkan Croatia 4-2.
Pavard memulakan kerjayanya di Perancis bersama kelab Lille sebelum berhijrah ke Stuttgart pada 2016.
Bayern kini mengalih tumpuan dengan memburu penyerang remaja Chelsea, Hudson-Odoi untuk menguatkan barisan serangan pasukan itu.
Ini kerana khidmat pemain sayap, Arjen Robben dan Franck Ribery akan tamat pada akhir musim ini. – MalaysiaGazette