Home Ekonomi KL bandar ke-2 terbaik Asia Tenggara

KL bandar ke-2 terbaik Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Ibu negara berada pada tempat kedua dalam tinjauan Kedudukan Kehidupan Berkualiti Mercer 2017 di Asia Tenggara.

Kuala Lumpur berada di bawah Singapura, menghuni kedudukan ke-86 daripada 231 bandar yang ditinjau.

Singpura dipilih kedudukan pertama dalam Kehidupan Berkualiti Mercer tahun ini kerana infrastruktur berkelas dunia, mampan, perumahan yang baik dan kurang bencana alam.

Ekpatriat suka berada di Singapura kerana politiknya yang mudah diramalkan, pengangkutan dan kondominium mewah. Malah standard pendidikan juga tertinggi di Asia dan penguasaan bahasa Inggeris yang luas.

Tinjauan itu dilakukan oleh firma perunding Mercer, melihat 10 kategori termasuk politik, persekitaran sosial, ekonomi, persekitaran asli, perumahan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

Syarikat-syarikat multinasional selalu menggunakan tinjauan ini untuk penetapan pampasan dan elaun bagi kakitangan ekspatriat di 450 bandar yang mendapat cadangan Mercer.

Bangkok pula berada pada kedudukan ketiga (131 peringkat global), Manila tempat keempat (135 global) dan Jakarta kelima (143 global).

Lain-lain bandar di Asia termasuk Hong Kong (kedudukan 71 dunia), Seoul (76), Taipei (85), Shanghai (102) dan Beijing (119).

Lima lagi bandar di Asia Timur dimonopoli oleh Jepun – Tokyo, Kobe, Yokohama, Osaka dan Nagoya.

New Zealand dan Australia pula mendapat skor tertinggi di Asia Pasifik manakala Auckland dan Sydney di tempat ketiga dan ke-10 di peringkat global.

Meskipun kemeruapan politik dan kewangan meningkat di Eropah, kebanyakan bandarnya masih menawarkan kualiti kehidupan tertinggi dan kekal menjadi destinasi bagi operasi perniagaan.

Bagi lapan tahun berturut-turut, Vienna, ibu negara Austria berada pada kedudukan pertama di peringkat global.

Zurich pada kedudukan kedua, Munich (4), Dusseldorf (6), Geneva (8) and Basel (10).

New Zealand dan Australia pula mendapat skor tertinggi di Asia Pasifik manakala Auckland dan Sydney di tempat ketiga dan ke-10 di peringkat global. – MalaysiaGazette