KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi tertanya-tanya di mana P. Waytha Moorthy ketika negara ‘gawat’ dengan isu menghina Raja-Raja Melayu.
Menteri yang dipertanggungjawab dalam menerajui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional itu didakwa mengambil sikap ‘pekak’ dan ‘bisu’ berhubung isu berkenaan.
“Apakah tugas Menteri Perpaduan hanya untuk jaga isu masyarakat India sahaja. Jangan biarkan “api dalam sekam” terus membara,” katanya dalam posting terbaharunya.
Dalam pada itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa syarikat-syarikat swasta dilihat lebih tegas dan patriotik dalam melaksanakan tindakan ke atas pelaku-pelaku yang menghina Raja-Raja Melayu berbanding kerajaan Pakatan Harapan termasuk DAP.
Menurutnya, syarikat Cisco misalnya telah memecat kakitangan mereka yang bernama Eric Liew Chee Ling kerana menghina Yang di-Pertuan Agung.
Manakala Tenaga Nasional Berhad pula menggantung kakitangannya yang bernama Nur Alia Astaman atas isu jenayah sama.
Sebelum ini, pengedar kereta Honda, Seri Utama Auto turut memecat kakitangannya yang menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang dikaitkan dengan Allah.
Sebaliknya, tindakan Pemuda DAP pula membantah penahanan tiga individu yang menghina bekas Yang di-Pertuan Agong menggunakan Akta Hasutan amat memalukan, katanya,
Natijah daripada kes-kes tersebut, baru sekarang kerajaan Pakatan Harapan tahu betapa pentingnya Akta Hasutan.
Sebab itu, katanya pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik moratorium Akta Hasutan ekoran kes di Kuil Seri Maniam Mariamman membuktikan kerajaan Barisan Nasional adalah betul apabila mengekalkan Akta Hasutan. – MalaysiaGazette
Fuad Zakarsi,
Mengapa kamu tak bersuara bilamana Raja Raja Menghina Kedaulatan Negara yg mana mereka di lantik utk di pertanggung jawapkan.
Sebagai Rakyat Jelata, apa rasa nya, jika Rakyat Asing Mempersendakan Raja Raja Mau Pun YDPA?
Di sini kesetian Rakyat di Uji seperti mana yg di maksudkan dgn Rukunegara. Jika kesetiaan tersebut hampa, mengapa hanya salahkan Rakyat sahaja. Mengapa tidak Kita berani mengupas kesalahan tersebut terletak di bahu Raja Raja?
Kesetian bersifat Dua Hala & ” it is earned”.