Home Nasional SPR tidak boleh buat apa, buat laporan polis – Azhar

SPR tidak boleh buat apa, buat laporan polis – Azhar

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menyarankan pihak yang melihat berlaku politik wang ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands perlu membuat laporan polis.

Katanya, pihaknya tidak boleh membuat laporan polis jika sekadar melihat ‘kejadian’ dalam gambar yang tular di media sosial kerana itu boleh diistilah sebagai dengar cakap.

“Orang yang mempunyai maklumat langsung patut buat laporan polis. Kalau saya buat report, apa jenis kenyataan yang boleh saya beri pada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

“Semuanya dengar cakap. Contohnya, kalau polis tanya, awak nampak benda itu berlaku? Saya jawab, tak. Saya nampak gambar kat Twitter. Bagaimana?” soal beliau dalam ciapan twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab komen seorang warganet menerusi akaun Twitternya memaklumkan kepada Azhar atau Art Harun mengenai berlaku pembahagian duit oleh wakil pemimpin politik dipercayai dari Pakatan Harapan (PH) kepada pengundi di PRK Cameron Highlands.

“Hello sir, you pun ada kuasa untuk buat report. Sudah banyak bukti dan contoh, takkan masih tak nampak?” tulis netizen, Wan MH @MRizuanmh.

Beliau merujuk gambar yang tular berhubung tindakan seorang wanita dikatakan membahagikan duit kepada beberapa Orang Asli di Cameron Highlands dipercayai sebagai suapan yang mendorong tagihan undi kepada calon PH. – MalaysiaGazette

Pemuda MIC mahu Manogaran disiasat isu agih wang