KUALA LUMPUR – Sudah-sudahlah menipu rakyat, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, kenyataan DAP yang mendakwa gambar pemberian wang kepada masyarakat Orang Asli sebagaimana tular di media sosial hari ini adalah sebagai pembayaran kepada jentera parti.
“Alasan ini adalah suatu taktik politik lapuk yang tidak boleh diterima sama sekali.
“Apakah selepas daripada ini, DAP dan Pakatan Harapan (PH) akan menjadikan semua pengundi dalam kalangan masyarakat Orang Asli sebagai jentera parti bagi menghalalkan pemberian rasuah politik bagi menagih undi sepanjang musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ini?” soalnya.
Kata Asyraf, jika Datuk C. Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) boleh dibatalkan statusnya sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands kerana didapati bersalah memberikan suapan kepada pengundi Orang Asli dalam PRU-14 maka apa bezanya dengan calon DAP kali ini.
Justeru, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan segera dan mengambil tindakan tegas tanpa memilih kasih ke atas pihak yang menyogok pengundi.
Menurutnya, perbuatan itu bertentangan dengan Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 walau atas nama apa sekalipun. – MalaysiaGazette
Agak nya la, siape sebenar nya yg tipu Rakyat selama ini?
…..it takes a thief to know another “thief”?