KUALA LUMPUR – Dana asing mencatatkan suntikan sebanyak RM25.5 juta dalam ekuiti tempatan minggu lepas, berbanding pelupusan RM54.4 juta pada minggu sebelumnya.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd. berkata, aliran keluar bersih asing sebanyak RM86.3 juta, tertinggi dalam sembilan hari urus niaga manakala bursa tempatan naik 0.56 peratus untuk ditutup pada 1,679 mata.
Dalam laporan aliran dana mingguannya, MIDF Research berkata, tahap jualan bersih asing sedikit menurun pada hari berikutnya kepada AS$75.9 juta.
“Hari Rabu adalah titik perubahan untuk minggu tersebut kerana para pelabur asing membuat pembelian bersih sebanyak RM16.4 juta, memecahkan tiga hari jualan oleh pelabur asing. Ini selari dengan rakan-rakan Asia lain yang lain seperti Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina,” katanya.
Kehadiran semula pelabur asing ke Malaysia tidak dapat dielakkan di tengah-tengah sentimen optimis serantau susulan perbincangan tiga hari antara Amerika Syarikat dan China.
Pelabur asing secara beransur-ansur meningkatkan pegangan mereka ke atas saham-saham di Bursa Malaysia selepas itu sehingga paras belian bersih asing mencecah RM106.7 juta pada hari Jumaat.
Ini adalah aliran masuk asing harian tertinggi dalam hampir sebulan dengan banyak sokongan bukan sahaja datang dari kemajuan dalam hubungan perdagangan Amerika Syarikat – China, tetapi juga kemajuan dalam harga minyak mentah Brent di tengah-tengah keyakinan yang semakin meningkat terhadap pemotongan pengeluaran OPEC.
Setakat ini, pelabur asing membeli RM7.1 juta atau AS$1.9 ekuiti tempatan.
“Bagi perbandingan bursa Filipina dan Indonesia, Malaysia merekodkan aliran masuk bersih asing terendah tahun ke tahun,” kata firma penyelidikan itu.
Thailand pula merekodkan aliran masuk sebanyak AS$175.7 juta. – MalaysiaGazette