Home Utama Saya rayu Alwi kekal KSU – Muhyiddin

Saya rayu Alwi kekal KSU – Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau yang membuat rayuan agar Datuk Seri Alwi Ibrahim dikekalkan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau menjelaskan rayuan itu tidak menimbulkan masalah kerana Alwi merupakan orang lama di KDN.

“Ya, itu memang rayuan saya dan terima kasih pihak yang meluluskan.

“Alwi adalah orang lama dan beliau berpengalaman luas di KDN selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 KDN di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai rombakan besar membabitkan pertukaran Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah jabatan yang berkuat kuasa 7 Januari lalu.

Mengikut senarai awal, Alwi ditukarkan ke Kementerian Kerja Raya dan tempat beliau digantikan oleh Datuk Dr. Mohd. Gazali Abas yang sebelum ini di Kementerian Pendidikan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar sebelum itu memaklumkan senarai rombakan itu tetap diteruskan dan tidak perubahan walaupun terdapat ura-ura Alwi terus kekal di KDN. – MalaysiaGazette