Home Seni Hidup Sakit perut Amyra rupa-rupanya hamil 7 minggu

Sakit perut Amyra rupa-rupanya hamil 7 minggu

Pelakon, Amyra Rosli (kanan) bersama Amar Baharin.

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Amyra Rosli kini hamil tujuh minggu dan menjadi berita baik kepada suaminya, Amar Baharin.

Berkongsi kegembiraan itu dalam media sosial, Amar berkata, Amyra pada mulanya mengadu sakit perut dan merisaukannya.

Namun kerisauan itu bertukar menjadi kegembiraan apabila doktor mengesahkan Amyra hamil.

“Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

“Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut,” kata Amar.-MalaysiaGazette