CARACAS – Presiden Venezuela menaikkan gaji minimum sebanyak 300 peratys kepada 18,000 bolivar (AS$6.70) setiap bulan.
Kenaikan itu adalah sebahagian daripada kenaikan rutin gaji meskipun negara itu dihambat dengan inflasi yang mencecah 2 juta peratus.
Nicolas Maduro membuat pengumuman itu dalam ucapannya di Caracas.
Ahli-ahli ekonomi tidak meletakkan harapan dalam pengumuman itu kerana Presiden sayap kiri itu telah berulang kali membuat perubahan besar kepada sistem sosialis yang tidak berfungsi itu.
Beliau yang mengangkat sumpah untuk tempoh enam tahun pada 10 Januari lalu, Maduro telah berdepan dengan sekatan antarabangsa yang semakin meningkat sejak memenangi pemilihan semula pada Mei tahun lalu dalam undi yang didakwa wujud penipuan.
Situasi itu menyebabkan Venezuela tidak lagi mendapat pembiayaan asing dan jumlah rakan luar negara itu semakin berkurangan.
Amerika Syarikat dan Amerika Latin, juga pembangkang di Venezuela mendakwa Maduro seorang diktator yang gagal melaksanakan polisi-polisi negara hingga mengakibatkan krisis ekonomi.
Namun, Maduro pula mendakwa beliau adalah mangsa kepada perang ekonomi yang diketuai oleh Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette