Home Nasional Superman DAP sudah melampaui batas – PAR

Superman DAP sudah melampaui batas – PAR

A.Chandrakumanan

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Aduan Rakyat Malaysia (PAR), Datuk A. Chandrakumanan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kepada Hew Kuan Yau yang menghina Perdana Menteri dan isterinya menerusi Facebook kelmarin.

Beliau mendakwa bekas pemimpin DAP itu berniat jahat menghina Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan kata-kata kesat dengan memuat naik gambar mereka dalam ruang media sosial.

“Kesabaran kita ada batasan tetapi perbuatan terkutuk oleh Kuan Yau terhadap pemimpin negara dan isterinya adalah kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan.

“Dia memuat naik foto filem Beauty and The Beast bersama dengan gambar imej PM dan isteri dengan tulisan tidak senonoh satu tindakan jijik dan biadap.

Polis diminta menyiasat tindakan bekas pemimpin DAp, Hew Kuan Yau menghina PM Najib dan Isterinya membandingkan dengan imej 'Beauty and the Beast' dalam Facebook kelmarin.
Polis diminta menyiasat tindakan bekas pemimpin DAp, Hew Kuan Yau menghina PM Najib dan Isterinya membandingkan dengan imej ‘Beauty and the Beast’ dalam Facebook kelmarin.

“Ini menunjukkan betapa teruknya mentaliti dia dan rakyat harus menilai perbuatan terkutuk itu,” ,” kata Chandrakumanan dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman DAP memuat naik imej berkenaan pada 13 Mac lalu dan ramai menyukainya selain berkongsi dalam Facebook untuk dilihat pengguna lain.

“Tindakan dia (Kuan Yau) boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, sangat merbahaya dan tidak ada hak untuk mengutuk pemimpin tertinggi negara.

“Jika penguatkuasaan negara kita tegas, saya pasti individu seperti Kuan Yau tidak berani melakukan perbuatan terkutuk begitu dan terus bebas bergerak.

“Ini bukan suatu lucu atau gurauan. Kuan Yau perlu meminta maaf secara terbuka dan kami gesa Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menangkap Kuan Yau dan menyiasat dibawah akta hasutan.

“Kami mahu dia dihukum dengan tindakan berat kerana menghina pemimpin negara dan isterinya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette