TERKINI : IKUT TRADISI “Pewaris Tengku Mahkota Semua Dah Boleh Ramal” – Sultan Abdullah

Kerabat Kesultanan Pahang akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi mencari pewaris untuk diangkat sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, perkara itu perlu dibincangkan dengan keluarga baginda terlebih dahulu dan keputusan mengenainya akan dimaklumkan selepas itu.

Titah baginda, rakyat Pahang sudah pasti dapat meramal waris pengganti dan ramalan berlandaskan tradisi kesultanan Pahang.