Home Ekonomi 6,432 Proton Perdana dipanggil semula

6,432 Proton Perdana dipanggil semula

Proton Perdana

KUALA LUMPUR – Proton panggil semula 6,432 kereta Proton Perdana yang dikeluarkan dari tahun 2012 hingga akhir Ogos 2018.

Ia bagi menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang, sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model Proton Perdana adalah berasaskan Honda Accord dan kereta yang terlibat dibina dari 2012 hingga akhir Ogos 2018.

Pelanggan-pelanggan yang terbabit telah dimaklumkan mengenainya, kata Proton dalam satu kenyataan di sini.

Tiada model Proton yang terkesan dengan panggil semula kerana ia membabitkan pembekal vendor beg udara yang berlainan.

Malah, Proton Perdana yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 tidak terjejas.

“Keselamatan pemilik kami adalah yang paling penting untuk Proton. Semua pemilik Proton Perdana akan dimaklumkan tentang perkara itu dan dinasihatkan supaya menghubungi pusat khidmat kami untuk menempah janji bagi penggantian beg udara penumpang,” kata Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Tambahnya, tempoh penggantian inflator itu membabitkan masa sejam dan akan dilakukan secara percuma. – MalaysiaGazette