KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islam) memberi jaminan kadar terbaik bagi kiriman wang asing.
Kumpulan perbankan tersebut juga menawarkan pembayaran balik sehingga RM100 bagi setiap pelanggan setiap hari jika terbukti bukti kadar yang diterbitkan lebih rendah daripada mana-mana bank komersial lain
Tawaran khas yang dinamakan ‘CIMB Preffered Hot Rates’ itu kini ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan CIMB Preffered apabila mereka membuat kiriman sebanyak RM20,000 atau lebih merentasi semua mata wang asing di cawangan kumpulan perbankan CIMB atau pusat panggilan CIMB Preferred.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan Pelanggan CIMB, Samir Gupta berkata, sebagai peneraju bank universal ASEAN, bank itu komited untuk menyediakan nilai terbaik kepada para pelanggan.
“Menjadi satu-satunya bank di Malaysia yang menawarkan manfaat unik ini, mencerminkan usaha kami untuk terus meningkatkan penawarannya bagi memberikan yang terbaik pengalaman nilai wang kepada pelanggan kami,” katanya. – MalaysiaGazette