Home Nasional Lelaki tampar doktor enggan beri cuti sakit ditahan

Lelaki tampar doktor enggan beri cuti sakit ditahan

Kerana percaya kepada seorang wanita yang disyaki menyamar sebagai “Inspektor Fazura”, seorang suri rumah di sini kerugian RM3,000 kerana diperdaya wanita itu, Khamis lepas.

GEORGETOWN – Seorang pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit kepada isterinya dalam kejadian di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, isteri pemandu lori berkenaan berusia 30-an mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

“Doktor lelaki berusia 29 tahun yang merawat wanita itu tidak memberikan cuti sakit kepada pesakit berkenaan kerana keadaannya tidak teruk.

“Suami wanita itu bertindak menampar pipi kiri doktor berkenaan berikutan berang isterinya tidak diberikan cuti sakit sebelum dia melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Katanya susulan kejadian itu, doktor berkenaan membuat laporan polis dan pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 38 tahun itu di Datuk Keramat, di sini kira-kira pukul 2.22 pagi.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki yang mempunyai dua rekod lampau itu turut positif dadah dan dia direman untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette