LA SERENA – Gempa bumi dengan 6.7 magnitud melanda perairan utara di tengah Chile, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Kejadian itu merosakkan bangunan di bandar Santiago.
Bencana alam itu berlaku pada pukul 10,31 malam, kira-kira 15.6 km (9.7 batu) selatan-barat daya Coquimbo, kata USGS.
Gempa itu dengan kedalaman adalah 53 kilometer (33 batu) di bawah permukaan, gempa yang agak cetek yang menggoncang rumah dan ada yang bimbang tentang kemungkinan tsunami. – MalaysiaGazette