DAVOS – Sebanyak 26 orang bilionair memiliki kekayaan aset sebanyak yang dipunyai oleh 3.8 bilion orang miskin di dunia.
Pendedahan itu dikeluarkan oleh Oxfam di Forum Ekonomi Dunia.
Oxfam adalah persekutuan 20 organisasi kebajikan bebas yang memberi tumpuan kepada pengurangan kemiskinan global.
Angka itu menunjukkkan kekayaan orang kaya semakin meningkat dan orang miskin terus miskin.
Ia berkata, jurang yang semakin luas itu menghalang perjuangan menentang kemiskinan.
Sehubungan itu, Oxfam berkata, cukai kekayaan 1 peratus akan dinaikkan dengan anggaran AS$418 bilion setahun – cukup untuk mendidik setiap kanak-kanak yang tidak di sekolah dan menyediakan penjagaan kesihatan yang akan menangani 3 juta kematian.
Oxfam berkata, kekayaan lebih daripada 2,200 bilionair di seluruh dunia telah meningkat sebanyak AS$ 900 bilion pada tahun 2018 – atau AS$ 2.5 bilion sehari.
Peningkatan 12 peratus dalam kekayaan golongan paling kaya bertentangan dengan kejatuhan 11 peratus dalam kekayaan separuh termiskin penduduk dunia.
Laporan itu menyimpulkan, jumlah jutawan yang memiliki kekayaan sebanyak separuh penduduk dunia jatuh dari 43 pada 2017 kepada 26 tahun lepas.
Pada tahun 2016 bilangannya adalah 61.
Selain itu, kajian itu turut mendedahkan:
1). Dalam tempoh 10 tahun sejak krisis ekonomi, jumlah bilionair hampir meningkat dua kali ganda.
2). Antara tahun 2017 dan 2018, bilionair baharu wujud setiap dua hari.
3). Kekayaan individu terkaya di dunia, Jeff Bezos, pemilik Amazon naik kepada AS$112 bilion. Hanya 1 peratus kekayaan beliau bersamaan dengan bajet kesihatan bagi Ethiopia, yang mempunya 105 juta penduduk.
4). 10 peratus golongan miskin di Britain membayar kadar cukai lebih tinggi berbanding 10 peratus golongan miskin.
Pengarah Kempen dan Dasar Oxfam, Matthew Spencer berkata: “Kejatuhan besar dalam jumlah orang yang hidup dalam kemiskinan melampau adalah salah satu pencapaian paling besar pada suku abad yang lalu tetapi peningkatan ketidaksamaan semakin membahayakan kemajuan”. – MalaysiaGazette