SYDNEY – Polis Australia menahan enam individu yang mencuri susu bayi untuk dijual secara haram di China.
Susu yang dicuri itu bernilai lebih A$1 juta (AS$720,000) telah dijual lebih 12 bulan lalu, kata polis.
|
Tetapi sindiket itu telah beroperasi sejak bertahun-tahun lalu.
Formula bayi itu diberi nama ‘white gold’ kerana dijamin lebih selamat dan berkualiti daripada produk tempatan.
Seorang lelaki, 31, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada hari Sabtu selepas keluar daripada pesawat dari China.
Tiga lagi lelaki dan dua wanita ditahan beberapa bilan lalu. Daripada jumlah itu, lima telah didakwa.
Supritendan Danny Doherty berkata, operasi ‘mewah; itu telah melakukan ribuan penghantaran melalui kapal ke China sejak beberapa tahun.
“Ini merupakan kumpulan jenayah yang mahal kerana ekploitasi pasaran luar negara disebabkan kekurangan kesedaran awam Australia,” katanya sambil memberitahu polis turut merampas barangan curi termasuk pelbagai vitamin dan wang tunai lebih daripada A$215,000.
Siasatan itu dilakukan selepas ibu bapa Australia mengadu mengenai kekurangan bekalan susu bayi.
Sehinggakan pada tahun lalu, sebuah pasar raya Australia memutuskan untuk menjual susu bagi dari belakang kaunter untuk melindungi pelanggan yang benar-benar memerlukannya.
Menurut media Australia, susu yang dijual sebanyak A$30 di negara itu, dipasarkan sebanyak A$100 di China. – MalaysiaGazette