TERKINI : MENARI TU TAK SALAH! Tapi Rakyat Tertanya-Tanya – Najib Razak

Menari tidak salah, namun rakyat sudah tentu sedang tertanya-tanya adakah Peguam Negara, Ketua Hakim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri termasuklah peguam menghormati prinsip pelaksanaan pemisahan kuasa.

Jelas Datuk Seri Najib Razak kerana prinsip itu yang sentiasa diperjuangkan oleh kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan.

“Ini satu prinsip yang berasaskan perlembagaan kita yang menjadi tonggak undang-undang kita yang diwar-warkan kerajaan baru.

“Bila video itu memperlihatkan mereka menari bersama-sama menimbulkan persoalan sama ada prinsip ini benar-benar menjadi kenyataan dan dihormati mereka.