UMNO Selangor telah mencadangkan enam nama kepada ibu pejabat parti untuk diteliti dan dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam nama itu dipilih dalam kalangan bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan golongan profesional.
“Hari ini UMNO negeri bersama Pas Selangor telah mengadakan mesyuarat khas membincangkan gerak kerja kita untuk menghadapi PRK DUN Semenyih.
“Dalam mesyuarat ini, kita cadangan enam nama kepada ibupejabat parti untuk dilihat.