Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan melayan tuntutan mana-mana pihak untuk melanjutkan tempoh mengundi di sesebuah tempat mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, cadangan itu boleh menjejaskan keselamatan peti undi khususnya bagi pusat mengundi dalam penempatan orang asli.