Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak menolak untuk memanggil seorang timbalan menteri yang didakwa cuba mengganggu calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri bagaimanapun berkata, menteri Kabinet itu hanya akan dipanggil selepas menerima arahan daripada timbalan pendakwaraya bagi membantu siasatan.