Home Ekonomi Harga minyak global susut 2%

Harga minyak global susut 2%

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak jatuh 2.0 peratus hari ini berikutan kebimbangan kelembapan ekonomi dunia boleh menjejaskan permintaan minyak.

Ia berikutan peningkatan medan-medan minyak syal dan pengurangan bekalan oleh Rusia lebih rendah daripada jangkaan.

Pertumbuhan ekonomi dunia diramal suram oleh Dana Kewangan Antarabangsa dan kelembapan ekonomi dari China memberi kesan kepada harga minyak mentah.

Disebabkan itu, para pedagang bimbang pertambahan bekalan pada tahun ini walaupaun harga minyak rendah.

Niaga hadapan minyak Brent didagangkan pada harga AS$61.50, susut AS$1.24 setong dan West Texas Intermediate pula jatuh AS$1.23 kepada AS$52.57 setong.

Para penganalisis berkata, pasaran bimbang sejauh mana pengurangan bekalan minyak oleh OPEC dan sekutu-sekutunya termasuk Rusia, boleh memacu harga yang rendah.

Data dari Arab Saudi menunjukkan eksport minyak mentah pada bulan November naik kepada 8.2 juta tong sehari berbanding 7.7 juta pada Oktober ekoran peningkatan pengeluaran kepada 11.1 juta tong sehari.

Semalam, data Amerika Syarikat menunjukkan pengeluaran dari tujuh syal dijangka naik sebanyak 63,000 setong pada bulan Februari kepada 8.179 juta tong. – MalaysiaGazette