Home Politik DAP boleh terima Fadzil Noor, Nik Aziz sebagai PM, bukan Abdul Hadi

DAP boleh terima Fadzil Noor, Nik Aziz sebagai PM, bukan Abdul Hadi

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kekurangan karekter yang serius untuk menjadi pemimpin politik Malaysia, tidak seperti bekas presiden Pas,  Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, ini merupakan penyebab mengapa DAP boleh menerima Fadzil dan Nik Aziz yang juga bekas Mursyidul Am Pas sebagai calon Perdana Menteri tetapi tidak Abdul Hadi

Menurutnya, Abdul Hadi sepatutnya tahu sebabnya kerana dia telah meruntuhkan kepercayaan yang mana pemimpin DAP boleh mempercayai Fadzil dan Nik Abdul Aziz untuk mengotakan kata-kata mereka, tetaii tidak Abdul Hadi.

Kit Siang menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang teliti dan licik ketika pemimpin Pas itu menafikan kenyataan yang tidak pernah beliau ungkapkan.

“Mengambil daripada Facebook, Hadi berkata: Seingat saya, Pas tidak pernah mencalonkan saya untuk menjadi Perdana Menteri, atau saya mengisytiharkan diri saya mencadi calon Perdana Menteri.

“Saya (Kit Siang) tidak pernah berkata Pas mencalonkan dia menjadi Perdana Menteri atau dia mengisytiharkan dirinya menjadi calon Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam laman blog beliau.

Menurut Kit Siang, apa yang dikatakanya semalam ialah alasan mengapa Abdul Hadi dan pemimpin Pas yang lain bercakap bohong mengenai DAP menjadi anti Melayu dan anti Islam adalah kerana DAP telah menolak untuk menyokong Presiden Pas it sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.

Katanya, operasi menjadikan Abdul Hadi sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat pada PRU13 adalah sangat teratur dan licik dengan tidak menamakan sebarang nama

Kit Siang berkata, apa yang dikatakan beliau semalam ialah: “Sebelum PRU13, Hadi melalui kepimpinan Pas telah mendekati saya untuk memulakan perbincangan mengenai calon Perdana Menteri berdasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon yang tidak sesuai.

“Pemimpin Pas agak panjang akal kerana tidak mencadangkan Hadi menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, dan secara diplomatik mengutarakan cadangan mereka calon Perdana Menteri yang sesuai adalah veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Apabila pemimpin DAP berbeza pendapat dan berpegang kepada pandangan kami bahawa Anwar sepatutnya terus menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat, dan kami tidak mengemukan cadangan bahawa Hadi sepatutnya dipertimbang sebagai calon Perdana Menteri, pemimpin Pas tahu bahawa DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri dan cadangan menggantikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri tidak dipanjangkan,” katanya.

Kit Siang berkata, beliau bersetuju dengan Abdul Hadi bahawa Pas tidak pernah mencalonkannya sebagai Perdana Menteri pada PRU13 atau dia mengisytiharkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Tambah beliau, ini kerana pemimpin Pas ketika itu telah mengkaji untuk menukar Anwar sebagai calon Perdana Menteri dan mendapati DAP konsisten dalam pendiriannya terhadap calon Perdana Menteri.

Katanya, sebarang cubaan untuk mencadangkan Abdul Hadi sebagai pengganti Anwar tidak akan mendapat sokongan daripada DAP.

Menurut, Abdul Hadi tidak menafikan sebelum PRU13 bahawa pemimpin Pas telah mendekati pemimpin DAP untuk pertukaran calon Perdana Menteri dengan alasan Anwar tidak sesuai.

Kit Siang berkata, beliau tidak tahu kenapa tiada keserasian antara anwar dan Abdul Hadi, tetapi terdapat keserasian antara Anwar dan Fadzil dan Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan.

Katanya, untuk mengetahuinya mungkin perlu mengkaji sejarah hubungan antara Abdul Hadi dan Anwar namun ia bukannya urusan beliau dan Kit Siang tidak bercadang untuk masuk campur dalam perkara tersebut. – MalaysiaGazette