KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bersedia menghentikan semua aktiviti pembalakan sekiranya kerajaan persekutuan dapat menyelesaikan pembayaran royalti minyak seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pembayaran royalti dianggarkan RM700 juta setahun itu jauh lebih mencukupi untuk pembangunan Kelantan berbanding RM100 juta setahun hasil daripada aktiviti pembalakan.
“Antara punca kita tebang balak kerana hasil negeri terhad. Kalau dapat royalti seperti mana yang sepatutnya, kita mungkin boleh berhenti terus tebang balak, tidak payah buat dah, sebab royalti RM500 juta hingga RM700 juta setahun dapat selesaikan masalah, jadi Orang Asli tidak terganggu,” katanya. – BERNAMA