KUALA LUMPUR – Kesemua lapan Raja-raja Melayu selesai bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
Pertama keluar adalah pengerusi mesyuarat berkenaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin jam 12.50 tengahari selepas lebih sejam bermesyuarat.
Ia disusuli Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Sharafuddin Idris Shah diikuti Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pula dilihat meninggalkan Istana Negara jam 12.57 dan diikuti di belakang adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Selang beberapa minit kemudian, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah juga dilihat meninggalkan Istana Negara.
Terakhir adalah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Baginda dilihat membukakan cermin tingkap dan melambai ke pada media yang membuatkan liputan. -MalaysiaGazette