CAMERON HIGHLANDS – Gelaran ‘Kementerian Hal Ehwal Najib’ adalah lebih baik berbanding ‘Raja Troll’, kata Lim Kit Siang.
Penasihat DAP itu berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan yang beliau begitu obses kepada Datuk Seri Najib Razak.
“Saya berpendapat ada orang fikir yang tidak perlu bercakap mengenai Najib lagi – lupakan mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad), kleptokrasi global. Sebab itu beliau berharap kepada agenda mengembalikan Najib,” katanya.
Veteran DAP itu berkata, ia adalah penting untuk terus bimbang tentang bekas Perdana Menteri dan 1MDB serta isu kleptokrasi di sekelilingnya bagi memastikan beliau tidak berjaya sebagai Perdana Menteri semula.
“Ini adalah rancangan yang sangat teruk dan jahat untuk memberitahu orang supaya melupakannya dan berkata ‘Tidak mengapa kesnya sudah di mahkamah, biarkan mahkamah membuat keputusan. Lupakannya, jangan cakap mengenainya.
“Walaupun beliau kembali berkempen di Cameron Highlands, beliau tidak pernah berkata sepatah perkataan pun mengenai 1MDB, Goldman Sachs dan semua itu. Apakah pendiriannya,” kata Kit Siang semasa dalam acara kempen PRK Cameron Highlands, lapor The Star.
Walaupun dinyatakan bahawa ketika ini Pakatan Harapan adalah gabungan yang memegang tampuk Pemerintahan Persekutuan dan peluang Najib untuk membuat kemunculan semula adalah tidak realistik.
Malah, Kit Siang berkata adalah mustahil untuk Najib kembali menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15.
“Akan ada kesatuan antara PAS dan Umno dan semua parti sekunder,” katanya, merujuk kepada parti komponen Barisan Nasional. – MalaysiaGazette