KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan memulakan tugas pada 31 Januari depan.
Menurut kenyataan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Sultan Abdullah tarikh itu diputuskan setelah kesemua lapan Raja-raja Melayu selesai bermesyuarat tengah hari tadi.
“Majlis Raja-raja juga bersetuju untuk menyatakan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun bermula dari tarikh 31 Januari 2019.
“Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja yang berlangsung hari ini dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-raja kecuali Sultan Muhammad V, Sultan Kelantandan telah dipengerusikan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman,” demikian menurut Syed Danial.
Menurut kenyataan itu, pelantikan Al-Sultan Abdullah turut disampaikan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15. -MalaysiaGazette