Home Ekonomi LRT 3: MRCB, George Kent meterai kontrak harga tetap

LRT 3: MRCB, George Kent meterai kontrak harga tetap

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata ketika ini, rakyat di negeri ini lebih suka menggunakan kenderaan persendirian berikutan pengangkutan awam yang ditawarkan di Kedah tidak efisien.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Malaysia Resources Corporation Bhd. dan rakan kongsinya, George Kent Berhad telah menandatangani kontrak perjanjian dengan Prasarana Malaysia Bhd. bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3).

Dalam pengumuman di Bursa Malaysia hari ini, MRCB berkata, syarikat tersebut akan menandatangani kontrak bagi mereka, membina dan memulakan LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia di Kelang pada harga tetap.

Perjanjian yang pada asalnya direka berdasarkan model rakan kongsi penyampaian projek (PDP) ditukar kepada “kontrak harga tetap” sepatutnya telah dilaksanakan pada 12 Disember lalu.

Kerja-kerja LRT 3 terpaksa diperlahankan sejak Oktober tahun lalu susulan semakan semula  kontrak baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan.- MalaysiaGazette