SYDNEY- SINGAPURA– Harga minyak meningkat lebih daripada satu peratus hari ini susulan ketegangan di Venezuela yang mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan eksport minyak akan terganggu.
Semalam, Washington memberi petunjuk akan melaksanakan sekatan terhadap eksport minyak mentah Venezuela selepas situasi di Caracas semakin buruk.
Kontrak hadapan Brent naik 80 sen atau 1.3 peratus kepada AS$61.89 setong pada 0246 GMT.
Kontrak hadapan U.S West Texas Intermediate pula didagangkan 77 sen atau 1.5 peratus lebih tinggi kepada AS$53.90 setong.- Agensi