Home Utama Saya dulu ‘didera’ Najib, kata Tun M

Saya dulu ‘didera’ Najib, kata Tun M

Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed sambil diiringi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tiga kiri), Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (tiga kanan) bersama Calon Pakatan Harapan P.078 Cameron Highlands, M.Manogaran mengangkat tangan sambil bergambar bersama sebahagian penduduk Sungai Koyan pada program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan sempena kempen Pilihan Raya Kecil P.078 Cameron Highlands di Dataran Sungai Koyan 1, Kuala Lipis, Pahang. foto AFFAN FAUZI, 25 JANUARI 2019

RAUB – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad mendakwa beliau pernah ‘didera’ semasa zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Kata pemimpin tertua di dunia itu lagi, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu mengakibatkan beliau kehilangan sahabat dan kawan-kawannya.

“Saya dulu didera (Najib)..tidak boleh ada sesiapa berkawan dengan saya.Kalau ada (berkawan dengannya) kena bayar cukai pendapatan yang tinggi bermilion-milion, jadi saya hilang kawan.

“Lagi pun masing-masing takut Najib ambil tindakan. Pegawai kerajaan kalau layan saya akan diambil tindakan dipindah atau diturunkan jawatan dan akan dimasukkan (dalam) ‘peti sejuk’.

“Saya nak kutip duit untuk pilihan raya pun tidak boleh..orang tak berani beri duit kerana dia (Najib) menghendap tengok saya dapat duit ke tidak, tapi takpa sikit duit pun menang juga,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 komuniti Orang Asli Felda Sungai Koyan di Dewan Undangan Negeri Jelai hari ini.

Justeru Ahli Parlimen Langkawi yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau kini walaupun sudah dilantik sebagai perdana menteri dan anggota menterinya patuh dan mentadbir kerajaan berlunaskan undang-undang.

“Undang-undang itu bukan untuk dikenakan kepada parti lawan tetapi juga untuk parti memerintah umpamanya saya tidak boleh guna aset kapal kerajaan kena sewa helikopter swasta..jika guna milik kerajaan salah.

“Kita mahu hormati undang-undang tidak mahu buat salah itu,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette