KUALA LUMPUR – Harga RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.98 dan RM2.28 seliter manakala diesel naik 1 sen kepada RM2.18 berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 1 Februari.
Penetapan harga itu diumumkan Kementerian Kewangan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Kenyataan itu menyebut, harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel pada ketika ini berada pada paras USD73 setong berbanding petrol RON95 iaitu pada paras USD62 setong.
Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol itu, menurut kenyataan tersebut, disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari negara Republik Rakyat China, dan juga peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global.
“Walau bagaimanapun sepertimana yang telah dijanjikan, Kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: