Home Nasional Empat individu dikesan bantu siasatan 1MDB

Empat individu dikesan bantu siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan berkait kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, keempat-empat individu terbabit ialah Shabnam Naraindas Daswani (Natsha Mirpuri), Low Hock Peng, Goh Gaik Ewe dan Tan Kim Loong.

“PDRM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu berkenaan untuk menghubungi Superitendan Foo Wei Min di talian 03-26101402 atau DSP Albany Hamzah di talian 019-2412826 dari Pasukan Siasatan Jenayah Pengurusan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujarnya, kesemua yang dicari disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

Daswani merupakan warganegara Singapura dan alamat terakhir tempat tinggalnya iaitu di Parkstone Road Singapura.

Hock Peng dan Gaik Ewe pula merupakan warganegara Malaysia dan tinggal di alamat terakhir di Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Manakala, Kim Loong yang juga warga Malaysia sebelum ini tinggal di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette