Home Dunia Ramai terkorban empangan pecah

Ramai terkorban empangan pecah

Pemandangan dari udara kawasan empangan yang pecah di Brazil. foto Agensi

RIO DE JANEIRO – Ramai penduduk dikhuatiri mati selepas empangan yang terletak berhampiran lombong bijih besi di selatan Brazil runtuh.

Setakat ini tiada jumlah kematian rasmi dinyatakan.

Namun, media tempatan melaporkan kira-kira 50 orang dilaporkan maut.

Pecahan empangan itu menyebabkan banjir lumpur hingga merebak di kawasan pedalaman di Minas Gerais.

Pasukan penyelamat dihantar bagi memberi bantuan telah memindahkan sejumlah penduduk yang tinggal berhampiran empangan.

Difahamkan ramai lagi penduduk yang didakwa hilang.

Empangan itu adalah milik Vale, firma perlombongan terbesar di Brazil.

Runtuhan itu berlaku pada waktu makan tengah hari.

Empangan itu digunakan untuk menahan sisa-sis bijih besi dari lombong berkenaan.

Dibina pada tahun 1976, empangan itu menakung sejumlah 2 juta meter padu air, menurut Vale.

Setakat ini tidak tahu berapa jumlah air yang dilepaskan dari empangan terbabit dan punca pelepasan. – MalaysiaGazette
.