Home Nasional Istiadat Pengurniaan Pingat Wilayah Persekutuan ditangguh

Istiadat Pengurniaan Pingat Wilayah Persekutuan ditangguh

Seorang kakitangan kontraktor mengecat huruf 'I' berwarna emas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Istana Negara,Kuala Lumpur, foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 07 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan yang dijadualkan 1 Februari ini ditangguhkan.

Menteri Wilayah Persekutua,n Khalid Abdul Samad berkata, istiadat berkenaan setiap tahun itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas pada Khamis lalu telah memilih Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Pertabalan baginda akan dibuat pada 31 Januari ini. – MalaysiaGazette