Home Nasional SPM: Peratusan pelajar MRSM peroleh 9A ke atas meningkat

SPM: Peratusan pelajar MRSM peroleh 9A ke atas meningkat

UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.
UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,129 daripada 7,370 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperoleh 9A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu meningkat kepada 15.3 peratus berbanding 14.69 peratus pada 2015.

“MRSM sekali lagi berjaya mencapai prestasi yang cemerlang, di mana kesemua 48 MRSM telah mengekalkan prestasi sebelum ini dengan mencapai 100 peratus gred lulus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata mata pelajaran Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 0.34 peratus selain Pendidikan Islam serta mata pelajaran elektif iaitu Biologi, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah.

Katanya antara MRSM yang menunjukkan peningkatan cemerlang adalah MRSM Tun Ghafar Baba dengan Gred Purata Maktab (GPM) sebanyak 1.2184, diikuti MRSM Taiping (1.3819), MRSM Kuantan (1.8404), MRSM Alor Gajah (1.9404).

MRSM Tun Dr Ismail (1.9456), MRSM Batu Pahat (1.9653) dan MRSM Langkawi (1.9790).

— BERNAMA

Comments are closed.