Home Politik BN guna sentimen kaum, agama punca kekalahan PH – Mujahid

BN guna sentimen kaum, agama punca kekalahan PH – Mujahid

Mujahid Yusof
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. foto SYAFIQ AMBAK, 30 NOVEMBER 2018

PARIT BUNTAR – Kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH.

“Mereka menuduh saya tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan saya ikut telunjuk DAP. Semua itu fitnah.

“Ini jelas orang Melayu masih boleh dimainkan dengan sentimen-sentimen Melayu dan Islam dan secara keseluruhan kempen BN itu mencemar usaha kerajaan PH untuk mewujudkan Malaysia Baharu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pesta Pongal di sini pada Ahad.

Beliau mengulas kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands semalam apabila Ramli Mohd Noor daripada BN meraih 12,038 undi untuk menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee 276 undi.

Mujahid, anggota Parlimen Parit Buntar berkata, berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jika KAMU masih merasakan Pembangkang menggunakan SENTIMEN KAUM & AGAMA, Maka tugas KAMU utk membetulkan keadaan tersebut.

    Maka perlu sentiasa berdampingi Rakyat utk memberi pemberitahuan terkini & benar. Isi NYA, adakan KAMU meluangkan masa yg secukup nya utk berbuat demikian?

    Perlu adakan Program2 yg kerap mendampingi Rakyat.

    Jgn salahkan Anjing jika menyalak, kerana mereka Akan sentiasa menyalak.

Comments are closed.