MANILA – Militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengaku bertanggungjawab dalam dua letupan yang berlaku di sebuah gereja katolik diselatan Pulau Jolo, Filipina semalam.
Pengakuan itu dibuat menerusi laman sesawang Amaq.
Insiden itu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang.
Kematian itu membabitkan 15 orang awam dan lima lagi anggota polis serta 111 lagi cedera.
Bom pertama meletup di dalam sebuah gereja di Jolo diikuti oleh ledakan kedua di luar kawasan itu ketika pasukan pemerintah bertindak balas terhadap serangan itu.
Letupan awal memusnahkan bangku kayu di dalam Geraja Our Lady of Mount Carmel dan memecahkan panel kaca tingkap.
Manakala bom kedua melemparkan tubuh manusia dan serpihan di seberang dataran bandar yang menghadap gereja, kata saksi.- MalaysiaGazette