KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, aktres jelita Sherry Ibrahim terpalit dengan dakwaan melakukan pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah.
Namun, aktres drama bersiri Teduhan Kasih ini menangkis dakwaan yang timbul dengan penuh berhemah.
Terbaharu, ada seorang wanita yang melemparkan tuduhan serupa dan lebih memburukkan keadaan, ia turut melibatkan adiknya.
Komen salah seorang warganet itu dikatakan menghina rupa paras adik perempuan Sherry.
Berang dengan dakwaan terbabit, Sherry berkongsi perkara itu menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
“Astaghfirullah al-Azim. I dapat ni tadi dari one of my family members. Banyak yang dia tulis tapi malas nak letak semua. Sebab membuatkan IG I nampak tak cantik.
“I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all I don’t know you tapi you tulis macam you kenal and tau everything pasal I.
“Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal!” tulisnya di akaun Instagramnya.
Rata-rata peminatnya turut mengeji perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan memohon agar Sherry tidak mempedulikan dakwaan terbabit.-MalaysiaGazette