KUALA LUMPUR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands adalah bukti sebenar kuasa sebenar di tangan rakyat.
Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Tamrin Ghafar berkata, kemenangan BN tidaklah bermakna rakyat menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam masa yang sama tidak bermakna mereka menerima Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, beliau berkata, kekalahan itu membuktikan rakyat meneropong tingkah laku para pemimpin Pakatan Harapan di setiap peringkat.
Tidak menghairankan sekiranya rakyat akan menolak Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan di Semenyih nanti.
Beliau yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba berkata, sejak kebelakangan ini kedengaran bermacam-macam rungutan rakyat yang menagih bantuan dan sokongan kerajaan.
Lantaran itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan harus rajin turun padang berdamping dengan rakyat bagi mendapatkan maklum balas.
Dalam masa yang sama percakaran diantara pemimpin sama ada antara parti mahu pun sesama sendiri mesti dihentikan serta-merta.
“Tingkah laku mereka tak ubah seperti ‘Si Kudong Dapat Cincin’ atau ‘Kera Dapat Bunga’.
“Apabila A Kadir Yassin mencadangkan agar Menteri-Menteri disekolahkan, mereka melenting; reaksi mereka itu tak ubah bak kata orang tua ‘Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Di Ajar ‘.
“Sudah mula kedengaran amalan salahguna kuasa dan rasuah dilakukan dikalangan sesetengah mereka yang telah diberi jawatan dan kepercayaan sama ada diperingkat Menteri, Menteri Besar dan pegawai – pegawai mereka sedangkan Tun (Dr Mahathir Mohamad) selaku Perdana Menteri bersungguh- sungguh mahu memerangi amalan buruk itu,” katanya di sini.
Jelasnya, walaupun Perdana Menteri mahu memberi masa dan peluang kepada Menteri-Menteri memperbaiki prestasi masing-masing namun adalah lebih baik jika rombakan dilakukan sebelum nasi menjadi bubur.
Beliau juga mahu tindakan keras diambil kepada mana-mana pemimpin yang tidak amanah tanpa mempedulikan siapa pun mereka.
Tamrin juga berkata, kerajaan perlu mencari jalan bagi melaksanakan janji-janji manifesto Pakatan Harapan kerana kuat kerbau pada tali, kuat manusia pada janji.
“Jika ini semua dapat dilaksanakan saya yakin Pakatan Harapan akan terus memerintah 100 tahun lagi; jika tidak, inilah kali pertama dan kali terakhir PH berpeluang berkuasa. -MalaysiaGazette
Give them space & time to make thing right. Rome is not built in one day. These soothsayers akin like Tamrin, are typical Opportunists.
By barking aloud, Market Source had been saying you were given a contract, Waste Treatment Plant in Langkawi.
You mean, you still want more, and you bark louder by the day?