Home Seni Hidup Bertabahlah Emma – Kamal Adli

Bertabahlah Emma – Kamal Adli

Kamal Adli dan Emma Maembong.

KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli tampil memberi kata-kata semangat kepada bekas kekasihnya yang juga aktres Emma Maembong agar tabah melalui ujian yang dihadapi sekarang.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram Emma, Kamal berharap agar pelakon itu sentiasa positif dan percaya Allah swt sentiasa ada bersamanya.

“Stay strong ya. Allah kan ada,” tulis Kamal ringkas di ruangan komen Emma.

Semalam, Emma dihimpit dengan isu penyebaran foto tidak bertudung bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan ramai.

Emma mengaku salah dan memohon maaf atas kelalaian namun menafikan foto gambar mesranya di celah kangkang Syed Abdullah.

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq itu.

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi. – MalaysiaGazette