Home Nasional Mayat reput separuh bogel ditemui di tepi Sungai Klang

Mayat reput separuh bogel ditemui di tepi Sungai Klang

Mayat seorang lelaki yang belum diketahui identitinya ditemui dalam keadaan mereput dan separuh bogel di bawah jambatan Sungai Klang kilometer 1.1 Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), di tepi Sungai Klang, hari ini.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang belum diketahui identitinya ditemui dalam keadaan mereput dan separuh bogel di bawah jambatan Sungai Klang kilometer 1.1 Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), di tepi Sungai Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika mengesahkan penemuan itu berkata siasatan awal oleh Unit Pathologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati lelaki itu mati tiga atau lima hari lepas.

“Tidak dapat sahkan sama ada terdapat kesan kecederaan pada mayat itu kerana telah mula mereput,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat.

Bernama difahamkan, mayat ditemui oleh pekerja kontraktor AKLEH pada kira-kira pukul 11.30 pagi dan memaklumkan penemuan itu kepada majikan.

— BERNAMA