KUALA LUMPUR – Aktiviti pengambilan pekerja atas talian dalam sektor minyak dan gas kekal positif sepanjang tahun 2018, meningkat 8 peratus tahun ke tahun pada bulan Disember.
Ia juga menandakan peningkatan tahun ke tahun selama 21 bulan berturut-turut bagi industrI tersebut sejak bulan April 2017.
Manakala sektor Teknologi Maklumat (IT), Penyedia Perkhidmatan Telekom/Internet (ISP) dan Proses Penyumberan Luar Perniagaan/Perkhidmatan Dibolehkan Teknologi Maklumat (BPO/ITES) menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun paling tinggi iaitu sebanyak 18 peratus pada bulan Disember.
Indeks Pekerjaan Monster (MEI)pengukur aktiviti pengumuman pekerjaan dalam talian yang dikumpulkan oleh Monster.com setiap bulan.
Industri Logistik, Kurier/Pengangkutan/Pengangkutan, Perkapalan/Marin serta Industri Pengeluaran/Pembuatan, Automotif dan Sokongan kedua-duanya pula merekodkan peningkatan dalam aktiviti e-perekrutan buat pertama kalinya sejak bulan Ogos 2018, iaitu meningkat sebanyak 7 peratus dan 1 peratus tahun ke tahun.
Dalam kalangan kategori pekerjaan, profesional Hospitaliti & Perjalanan pula mencatatkan pertumbuhan paling ketara dalam siri ini, meningkat sebanyak 44 peratus tahun ke tahun pada bulan Disember.
Dalam jangka pendek juga, peranan kerja ini menunjukkan pertumbuhan positif, meningkat sebanyak 37 peratus bulan ke bulan dan 6 peratus pada asas enam bulan.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Malaysia mencatat penurunan sebanyak 3 peratus tahun ke tahun dalam aktiviti perekrutan dalam talian pada bulan Disember.
Pengambilan dalam talian dalam Industri Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI) berada pada arah aliran menurun sepanjang tahun 2018, mencatatkan penurunan sebanyak 12 peratus.
Permintaan untuk Kewangan & Perakaunan juga mencatatkan penurunan sebanyak 13 peratus tahun ke tahun.
Selepas menerajui permintaan selama dua bulan, profesional Perkhidmatan Pelanggan menyaksikan kejatuhan yang paling mendadak sebanyak 29 peratus pada bulan Disember. – MalaysiaGazette