Home Nasional 16 penumpang, pemandu bas cedera bas langgar treler

16 penumpang, pemandu bas cedera bas langgar treler

Seramai 16 penumpang serta seorang pemandu bas cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di kilometer 305 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara kira-kira lapan kilometer dari susur keluar tol Gopeng.
Seramai 16 penumpang serta seorang pemandu bas cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di kilometer 305 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara kira-kira lapan kilometer dari susur keluar tol Gopeng.
IPOH – Seramai 16 penumpang serta seorang pemandu bas cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di kilometer 305 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara kira-kira lapan kilometer dari susur keluar tol Gopeng.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.13 petang sebelum 16 anggota bomba dengan sebuah jentera serta sebuah unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

Ahmad Noor Syamsi berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, 13 penumpang yang cedera telah berada di luar bas manakala empat lagi mangsa didapati tersepit di dalam bas tersebut.

“Empat mangsa yang terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun itu tersepit di bangku penumpang bahagian belakang pemandu.

“Keempat-empat mangsa berjaya dikeluarkan dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Noor Syamsi berkata kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 29 penumpang itu melanggar bahagian belakang treler yang membawa muatan ‘cupboard’.

“Pemandu bas itu turut mengalami kecederaan manakala pemandu dan kelindan lori tersebut tidak mengalami kecederaan. Bas tersebut dipercayai dalam perjalanan ke utara dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur,” katanya.

Ahmad Noor Syamsi berkata operasi tamat kira-kira pukul 7.55 malam tadi.

— BERNAMA