Home Nasional Taktik baru ‘love scam’ gunakan Islam di Terengganu

Taktik baru ‘love scam’ gunakan Islam di Terengganu

Dua lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan penemuan dua mayat dikerat beberapa anggota badan yang ditemui di tepi sebatang sungai berhampiran taman perumahan Desa Coalfields di Sungai Buloh, pada 26 Jan lepas.
Dua lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan penemuan dua mayat dikerat beberapa anggota badan yang ditemui di tepi sebatang sungai berhampiran taman perumahan Desa Coalfields di Sungai Buloh, pada 26 Jan lepas.

KUALA TERENGGANU, – Sindiket penipuan ‘love scam’ kini dikesan menggunakan Islam untuk mempengaruhi mangsa di negeri ini sekali gus mengaut keuntungan mudah, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

Beliau berkata, taktik terbaharu sindiket yang sebelum ini menggunakan cara ‘bermain cinta’ itu dikesan apabila polis menerima beberapa aduan daripada mangsa yang mendakwa telah memindahkan sejumlah wang untuk membantu anggota sindiket itu mendalami agama Islam.

“Anggota sindiket akan memujuk rayu sehingga mangsa memasukkan sejumlah wang sehingga beratus ribu ringgit walaupun hanya kenal di talian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aidi berkata, sebanyak 53 kes penipuan membabitkan ‘love scam’ dilapor di negeri ini tahun lepas dengan nilai kerugian sebanyak RM12 juta.

Terdahulu, Aidi menyaksikan serah terima tugas antara Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Fazlisyam Abdul Majid dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) Supt Suffian Santong yang akan memangku jawatan itu, dan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard DSP Amran Mohd Ghani kepada timbalan beliau ASP Nurul Isma Khairuddin yang akan memangku jawatan itu.

ACP Abdul Rahim Mat Din pula menerima tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu daripada Supt Suffian Sulaiman yang sebelum ini memangku jawatan itu. – Bernama