Home Dunia Bom tangan Perang Dunia Pertama ditemui dalam longgokkan kentang

Bom tangan Perang Dunia Pertama ditemui dalam longgokkan kentang

Bom tangan yang ditemui dalam kentang yang diimport dari Perancis. foto Agensi

HONG KONG – Sebutir bom tangan Jerman yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama ditemui bersama-sama ubi kentang yang dihantar ke sebuah kilang snek Calbee di sini.

Ubi kentang itu diimport dari Perancis melalui penghantaran kapal.

Bom yang berukuran 8 sentimeter lebar dan seberat sekilogram itu berjaya dimusnahkan.

Bom berkenaan telah dibungkus oleh pasukan pemusnah bom yang kemudian disalurkan ke dalam longkang sebelum diletupkan.

Superintenden Wilfred, Wong Ho-hon berkata: “Bom tangan itu berada dalam keadaan tidak stabil kerana ia telah dilepaskan sebelum ini tetapi tidak meletup.

“Semua maklumat setakat ini mencadangkan bahawa bom tangan itu diimport dari Perancis bersama-sama dengan kentang lain.”

Bom tangan itu dipercayai telah ditinggalkan dalam parit yang digali semasa Perang Dunia Pertama dan tertanam bersama-sama kentang.

“Sekiranya ia (bom) dilitupi dengan lumpur bermakna bom itu telah ditinggalkan, dilepaskan oleh tentara semasa perang atau ditinggalkan selepas dilempar,” kata ahli sejarah Universiti Hong Kong, Dave Macri. – MalaysiaGazette