Home Nasional Dua maut dalam kemalangan di Ainsdale

Dua maut dalam kemalangan di Ainsdale

“Kereta itu berpusing beberapa kali sebelum dilanggar sebuah bas ekspress dari arah belakang, di laluan yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, akibat rempuhan tersebut, remaja perempuan dan kanak-kanak lelaki tersebut tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.​​​​​​​

Katanya, bomba menerima panggilan jam 1.57 pagi mengerahkan tujuh anggota ke lokasi sebelum tiba jam 2.12 pagi.​​​​​​​

“Sebaik tiba, seorang remaja perempuan dan kanak-kanak lelaki didapati maut di lokasi, manakala lima individu lain yang berada di dalam kereta berkenaan cedera parah,” katanya.

Norazam berkata, 29 penumpang dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa dan lima yang cedera diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat dan rawatan lanjut,” katanya.​​​​​​​

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette